}

FOLLOWERS

Apabila agama islam & Allah jadi bahan.

15 December 2012

Isu :  “Bila Agama Islam Dan Allah Jadi Bahan untuk Dapatkan Like” Wajarkah?

bila agama islam allah dapatkan like facebook

Pernah tak anda terjumpa post-post di facebook yang berbunyi “LIKE jika anda percaya ALLAH.” atau “Subhanallah cantiknya gambar Mekah ni. Cer like” atau “Berapa like boleh dapat untuk hadis ini.” Sekarang ni dah jadi trend di Facebook yang mana antara sedar dan tak sedar, kita sendiri meletakkan Allah dan Islam itu sendiri sebagai barang dagangan atau modal untuk mendapatkan like.  Setiap perkara dalam agama kini boleh dinilai hanya dengan like.


Kita marah bila orang mempergunakan agama kita, tapi kita tak marah bila ada fan page yang mempergunakan agama untuk mencari like. Kononya kalau tak LIKE maknanya kita tak percaya Allah. Kononnya kalau tak like kita tak sokong Islam. Sedarlah bahawa ayat-ayat manis tersebut hanyalah mainan untuk melariskan fan page di facebook.


Kepada pemilik fan page, tak salah nak sebarkan syiar dan dakwah Islam, tapi tak perlulah sampai nak mintak like dari semua. Cukuplah sekadar anda post dan terpulang kepada yang membaca sama ada nak like, share atau tidak. Tugas anda untuk sebarkan dakwah dah lengkap.  Tak perlulah sampai memperalatkan agama meminta like dari pembaca.


Dan anda sebagai pengguna facebook haruslah pandai menilai. Kalau ada lagi post-post tersebut, nasihatkanlah si dia yang post supaya tak memperalatkan agama untuk dapatkan like. Mungkin dia belum tahu..


Disini saya lebih suka berkongsi kupasan dari saudara Sham Kamikaze tentang isu ini. Moga bermanfaat.


bila agama allah islam jadi bahan dapatkan like
bila agama allah islam jadi bahan dapatkan like
bila agama allah islam jadi bahan dapatkan like 

Photo via Facebook Sham Kamikaze
Apa pendapat anda? Bolehlah berikan komen anda di bawah.
Marilah berkongsi dan berdakwah secara sihat..

Sumber : Fitrihadi.com

3 comments:

Unknown said...

setuju dgn entry ni.. kat twitter pun sama je. diorang ni mmg attention seeker~~~~

Bella Sahidi said...

kan ? tahu tak pa. menyampah dah .

tashira sha said...

dah selalu jumpe dgn org macam ni kak.