}

FOLLOWERS

Sahabat Dunia Akhirat


iluvislam, ukhwah, sahabat

Assalamualaikum


20 September 2013








Memiliki sahabat sejati merupakan satu anugerah yang tidak ternilai kerana sahabat boleh mewarnai dan mempengaruhi kehidupan kita, baik dari sudut kebendaan, kecenderungan mahupun tingkah laku. Sama ada kita akan terikut-ikut dengan kecenderungannya, ataupun sebaliknya, dia akan terpengaruh dengan kita.

Secara umumnya, kita melihat orang yang baik akan bersahabat dengan orang yang baik dan begitu juga sebaliknya.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

“Perumpamaan orang yang bersaudara adalah seperti dua tangan, yang satu membersihkan yang lainnya.” (Riwayat al-Dailamai)

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya :

“Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi, sama ada ia memberi anda sebahagian ataupun anda membeli bau-bauan daripadanya, ataupun sekurang-kurangnya anda mendapat juga bau daripadanya. Manakala tukang besi pula sama ada ia menyebabkan baju anda terbakar, ataupun anda mendapat bau yang kurang enak.” (Riwayat Abu Daud)

Oleh sebab itu, kita harus berhati-hati untuk menjadikan seseorang itu sebagai kawan, teman ataupun sahabat. Sahabat semestinya memiliki sifat-sifat yang terpuji untuk kita ikuti dan contohi. Sahabat boleh membahagiakan kita untuk menempuh kehidupan di dunia ini dan juga membantu kita di akhirat kelak.

Oleh sebab itu, kita harus berhati-hati untuk menjadikan seseorang itu sebagai kawan, teman ataupun sahabat. Sahabat semestinya memiliki sifat-sifat yang terpuji untuk kita ikuti dan contohi. Sahabat boleh membahagiakan kita untuk menempuh kehidupan di dunia ini dan juga membantu kita di akhirat kelak.

Sifat Sahabat yang Mulia

1. Memiliki akhlak dan budi pekerti yang baik.

Seseorang yang disenangi, mempunyai akal yang baik, berbudi pekerti dan mematuhi perintah Allah. Sering juga mengajak kita melakukan kebaikan untuk diri dan masyarakat. Berbicara dengan penuh kelembutan dan kesopanan.

2. Menutup keburukan dan kekurangan sahabat, baik semasa sahabat ada ataupun tiada.

Tidak menderitakan keaiban orang lain kepada sahabatnya dan jika dia melihat sesuatu yang tidak baik tentang diri kita, dia akan menjaga aib tersebut.
Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud :

“Sesiapa menutup keburukan saudaranya, maka Allah akan menutup keburukannya di akhirat.” (Riwayat Ibn Majah)

3. Memperbesarkan kebaikan yang dilakukan oleh sahabatnya.

Sering menanyakan tentang kesusahan yang kita hadapi kerana ingin berkongsi kesusahan, kesedihan dan kesenangan bersama. Menjadi penghibur waktu kita sedih dan pelindung jika kita memerlukan. Sanggup mengorbankan masa, harta dan tenaga untuk memenuhi hajat sahabatnya.
4. Menyebut kebaikan.

Jika dia mendapat sesuatu kebaikan daripada kita, dia akan menghargai dan menyebut-nyebut kebaikan itu. Tidak pula dia berkecil hati jika kita tidak mampu membantunya.
 5. Mudah mengalah.

Jika berlaku salah faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga hubungan. Mengorbankan perasaan sendiri demi menjaga hati sahabatnya.

6. Mendorong kita mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Saling nasihat-menasihati berkenaan hal-hal dunia dan akhirat.
Bersedia untuk menerima nasihat dan menasihati.
sahabat, iluvislam, kawan, ukhwah
Sifat Sahabat yang Perlu Dijauhi

1. Mementingkan diri sendiri.

Dia terlalu banyak meminta dan sedikit memberi. Mementingkan diri sendiri yang kedekut dalam setiap perkara. Keutamaannya ialah nafsu diri sendiri kerana tamak kepada kemewahan dan harta dunia.
2. Pengampu.

Setiap perkara yang kita lakukan dia akan bersetuju, tida kira sama ada perkara itu betul ataupun salah. Apabila di hadapan, dia memuji kita namun di belakang kita, dia merendahkan dan mungkin mengkhianati kita.

3. Pemboros dan suka hiburan.

Apabila seronoknya datang, dia menjadi kawan yang setia. Dia senang menjadi sahabat jika kita suka berhibur, berkeliaran dan “melepak” pada bila-bila masa, serta suka ke tempat-tempat hiburan dan meminati hiburan yang melalaikan.

4. Membuatkan kita semakin jauh daripada Allah.

Seorang yang sesat dan menyesatkan orang lain serta mendekati jalan-jalan kemungkaran.
Hidupnya penuh dengan ranjau dan onak yang membawa kepada kekufuran.

5. Suka berbantah-bantah.

Jenis orang yang suka bertikam lidah dan ia merasakan satu kemenangan dalam berhujah dan langsung tidak mahu mengalah untuk menerima pandangan orang lain.
Berhati-hatilah memilih sahabat kerana ia menjadi cermin keperibadian kita. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari reda-Nya.Hayatilah Firman Allah ini :

“Pada hari itu (hari akhirat), sahabat-sahabat karib; sebahagian mereka akan menjadi musuh kepada sebahagiaan yang lain, kecuali orang yang bertaqwa.” (Surah al-Zukhruf : 67)

Neraka Dunia

Assalamualaikum.

14JULAI2013

Ohoi. Lamanya tak update entry baru. Fuh fuh. Dekat sebulan meh. Disebabkan dah blur , so sini nak kongsi sikit tentang neraka dunia ..

Ada Lubang Neraka yang menganga di Uzbekistan. Lubang Neraka yang disebut mirip pintu neraka “The Door to Hell” tersebut telah ada di Uzbekistan sejak 1975 dan hingga kini ukurannya semakin membesar hingga luasnya mencapai 2 kali lapangan bola. Lubang neraka di bumi itu, kedalamannya pun mencapai hingga 30 meter.

‘Pintu neraka’ tersebut terdapat di lokasi jurang besar di bawah tanah. Ahli geologi menemukan Lubang Neraka tersebut saat melakukan penggalian menggunakan alat berat untuk pengeboran gas alam. Saat itu,Semua peralatan penggalian masuk terperosok ke dalam lubang tersebut.

Jurang itu dipenuhi dengan gas bumi yang beracun. Untuk menghindari gas beracun yang telanjur terbuka ke langit bumi itu menyebar, para ahli memutuskan untuk membakarnya. Posisinya berada di dekat kota kecil bernama Davaz, Uzbeksitan.

Praktis sejak 1975 Lubang Neraka raksasa itu menyemburkan api seperti gunung berapi dan masih tetap menyala hingga kini walau sudah 35 tahun berlalu. Masyarakat Uzbekistan yang tinggal disekitar tak ada yang berani mendekat karena pengaruh medan panas hingga beberapa ratus meter sehingga dinamakan ‘pintu neraka’.

Sampai sekarang belum ada penjelasan apakah ‘pintu neraka’ itu ukurannya melebar atau stabil karena gas yang keluar dari perut bumi itu langsung terbakar. Walau terkena hujan pun, apinya tidak mati.
Lubang Neraka raksasa itu kelihatan dari kejauhan karena berada di daratan tandus yang luas.

Bila malam, tampak semakin jelas dengan sorotan cahaya kekuningan yang bersumber dari ‘pintu neraka’ itu.
Mirip dengan bencana lumpur Lapindo, yang terus mengeluarkan lumpur panas gara-gara pengeboran yang dinilai gagal sehingga menyembur ke permukaan bumi.

Hingga kini juga belum ada ahli geologi yang mampu menghentikan semburan lumpur panas Lapindo. Yang bisa dilakukan hanya membatasi agar area efek lumpur panas itu tidak terus melebar.





Goodnight oulsssssssssssss.

Mengapa perasaan perempuan selalunya lemah.

3JUN2013

Assalamualaikum.


Duhai Hawa, mengapa kita terlalu lemah? Aku selalu terfikir mengapalah perasaan perempuan itu selalu lembut dan tersentuh. Bukan kita tak pernah dengar, sekeras-keras hati perempuan, akan lembut juga. Kerana itu rasanya Allah jadikan ibu seorang perempuan.

Seorang ibu itu dia lembut dalam garang, marah dalam sayang. Dua sifat antagonis ni sangat sebati dalam diri seorang insan bergelar Hawa. Kadangkala sensitifnya terlebih, adakalanya penyayang bukan main lagi.

Peliknya, untuk memahami perasaan naluri diriku sendiri, hatiku kadangkala seperti sebuah sampan di atas ombak yang kuat. Bergulir-gulir tanpa tujuan walaupun sudah dikayuh dengan kuat ke arah yang sudah ditetapkan.

 

Benar umum sudah mengetahui, cinta kepada Allah itulah paling hakiki. Tetapi untuk mereliasasikan cinta itu tidak semudah seperti sebutan di lidah semata. Banyak halangan yang perlu ditempuhi dan cabaran yang selalu menarik-narik diri ini untuk beralih arah dari mencapai Ilahi.

Benar, hakikatnya untuk mencapai cinta Ilahi ini, tidak cukup hanya dengan mentaati perintah-Nya semata-mata, dengan hanya menunaikan solat 5 waktu, puasa pada bulan Ramadhan dan juga membaca Al-quran.

Tetapi memerlukan pengorbanan yang lebih besar dari itu! Betapa ramai manusia hatta orang-orang soleh sendiri gagal dalam meraih cinta dari Allah saat kematian mereka kerana gagal melaksanakan perintah ini.

Itulah menahan diri dari perkara-perkara yang dimurkai Allah. Sukarnya menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang Allah larang kerana nafsu kita sangat-sangat cenderung kepada perkara tersebut.

Saidina Umar pernah berkata :

 "Seorang yang memiliki kualiti taqwa adalah seperti seorang yang berjalan di atas jalan berduri dengan berhati-hati. Seperti mana dia sangat berhati-hati untuk memastikan pakaiannya tidak terkena duri tersebut seperti itu jugalah seorang yang bertaqwa itu harus berhati-hati dalam setiap perbuatan yang dilakukannya."

Saidina Ali juga pernah berkata :

"Taqwa adalah takutkan Allah, berbuat seperti mana yang disuruh oleh Allah, puas dengan apa yang ada dan bersiap sedia untuk hari pelepasan (kematian)."

Kadang-kadang aku rasa marah pada diri sendiri. Kenapalah susah sangat nak menahan hawa nafsu? Terutama dalam perkara-perkara untuk menundukan pandangan. Memang benarlah firman Allah :

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka...." (Surah An-Nur : 30-31)

Bagi aku, kadangkala sikap 'double standard' selalu ada apabila berhadapan dengan kawan yang bukan muslim. Namun rasanya tidak boleh sebegitu kerana dari situlah kita dapat berlatih untuk membersihkan hati kita.

Paling penting bukanlah menundukkan pandangan dengan menundukkan pandangan mata semata-mata, namun adalah menundukkan perasaan. Jika hawa dan adam berbual tanpa memandang sesama sendiri, namun jika gagal mengawal perasaan, banyak juga boleh jadi.

Bukan itu sahaja, mungkin sahaja kita memandang kawan sekelas kita dengan merasakan sesuatu di dalam hati. Dalam umur yang memasuki dewasa ini, perasaan adalah satu-satunya harta berharga yang perlu dijaga. Dan alangkahnya susah sebenarnya.

 Oleh kerana itu kita lihat ramai orang solat dan menutup aurat namun tidak ramai yang dapat menjaga pergaulan. Sungguh, jalan menuju redha Allah penuh dengan duri dan jalan ke neraka penuh dengan keenakan duniawi.

Kaum Hawa, kuatkan jati dirimu dan lindungilah tamanmu dari dicemari oleh pandangan orang yang bukan menjadi hakmu.

Kaum Adam, peliharalah hatimu dari menjadi milik selain dari Rab-Mu. Semoga kita semua menang dalam menempuhi ujian di dunia ini. Ameen!


Biodata Penulis

Nur Aisyah Zainordin merupakan seorang doktor di Royal Alexandra Hospital, Paisley, Scotland. Penulis yang berasal dari Gombak ini merupakan graduan perubatan dari University of Dundee dan kini merupakan Timbalan Presiden Majlis Syura Muslimun cawangan Scotland. Beliau aktif dalam aktiviti dakwah dan kemasyarakatan di United Kingdom dan Ireland.

http://i.imgur.com/POZ0CFa.png



Adam. Kenalilah Hawa. Tolong!

3JUN2013

Assalamualaikum

Sambil menikmati cloud9 dan hidangan susu soya untuk dinner malam ini, terasa jari ini nak menaip lagi buat yang ketiga kalinya untuk harini. Untuk entri-entri sebelum ni sila nexpage aja okay :>


Lama aku diam. Cuba menangkap gelora hati, membaca gejolak jiwa. Namun yang terzahir hanya alunan sedu-sedan.

Hawa itu kadang keliru. Mahu terus membisu, bimbang disalahtafsir. Mahu berlaku jujur, terpalit segan. Mahu menutur kata, bimbang hati dicemari.

Hawa itu kadang cemburu. Melihat yang lain mendapat itu ini tika dirinya diketerbatasan mampu.
Hawa itu kadang buntu. Mahu diceritakan, dia juga tidak tahu apa puncanya.

Itu kisah Hawa. Mungkin kisah itu tidak bisa menyentuh hati seorang Adam, tapi jika dia Hawa, jiwanya pasti meruntun sayu mendengarnya.

Aneh bukan? Ya, kerna Hawa itu sifatnya aneh.

Hawa. Hatinya sangat rapuh. Jiwanya sangat sensitif. Matanya mudah saja berkaca. Kata mereka itu tanda lemah. Tapi aku bilang itu fitrah.

Bukan mereka mahu mengundang simpati, tapi cukup untuk meluahkan rasa di hati. Jangan sesekali terjemahkan itu sebagai kekalahan. Tidak sama sekali! Itulah sebenarnya punca kekuatan dalam ketahanan mereka.

Adam, aku khabarkan bukan untuk minta engkau mengerti, kerana aku; Hawa, juga tidak pernah mengerti.

Cukuplah agar engkau tahu. Moga engkau tidak mudah mengusik hati hawa. Hati yang punya sarat perasaan. Perasaan yang kadang menjerat dirinya dalam silap menterjemah erti di sebalik kata seorang Adam, dalam silap mentafsir maksud di sebalik tingkah seorang Adam.

Berhentilah. Supaya mereka tidak kepenatan berjuang seorangan jika engkau turut sama berjuang.

Harungilah sujudmu ketepian Redha-Nya. Kirimkanlah untaian kata indah lewat doamu. Moga Hawa itu terus kuat!


www.iluvislam.com

http://i.imgur.com/POZ0CFa.png

Mata Kasar. Mata Nafsu. Mata Iman.

3 JUN2013
Assalamualaikum.

Bayangkan tatkala kita sedang merenung wajah seorang tua yang sudah berkedut, kudrat yang sudah uzur memberikan perspektif yang berbeza pada mata yang melihat. Ianya boleh dilihat dengan mata kasar, mata nafsu atau mata iman.

Mata Kasar. 

Apabila kita sekadar melihat dengan mata kasar, tidak akan memberi makna apa-apa sekadar melihat sambil berlalu.

Mata Nafsu

Apabila kita sekadar melihat dengan mata nafsu, kita akan terfikir untuk tidak mahu menjadi tua seperti itu. Tidak mahu berkedut, tidak mahu sakit dan jikalau boleh mahu kekal muda buat selama-lamanya. Lalu pelbagai cara digunakan untuk menegangkan kulit muka seperti botox, cucuk vitamin c , pembedahan plastik dan sebagainya.

Pelbagai ubat-ubatan digunakan kononnya untuk mengekalkan keremajaan kulit. Segala produk kecantikan dan ubat-ubatan untuk melambatkan penuaan akan dicuba dan dimakan. Bagi mereka yang pernah melihat cerita-cerita kuno dinasti cina, pasti teringat tentang kisah dimana seorang raja yang mempunyai ubat yang boleh menjadikannya hidup selama-lamanya dan menjadi rebutan semua orang.

Mata Iman

Apabila kita melihat mereka dengan mata iman, kita akan melihat wajah-wajah tua dan kusam, penuh dengan kedut di muka dengan kudrat yang sudah uzur akan memberikan keinsafan di hati insan yang melihat dengan mata iman.

Melihat wajah-wajah tua akan menyebabkan kita menangis. Menangis bukan kerana takutnya menjadi tua. Menangis kerana sedar dan insaf bahawa apa yang ada di dunia ini semuanya tiada yang kekal abadi. Semuanya adalah sementara.

Kecantikan akan hilang, kekuatan akan hilang, kekayaan akan ditinggalkan, kuasa dan pangkat akan ditinggalkan, muda akan tua. Lalu apakah yang lebih utama di dalam kehidupan sementara di muka bumi ini?

Mata iman akan menjawab ialah mencari keredhaan Allah dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Kerana apa? Kerana apa yang dijanjikan Allah iaitu hari akhirat yang kekal abadi adalah pasti. Syurga dan neraka adalah pasti. Jika tiada cukup bekalan yang baik yang dibawa dari hidup yang sementara ini, balasan neraka adalah pasti dan kekal abadi... nauzubillah... apakah gunanya melebih-lebihkan kehidupan dunia yang sementara daripada kehidupan akhirat yang abadi?

Bukanlah bermakna melebihkan akhirat dengan meninggalkan seluruh urusan di dunia dan hanya duduk di tikar sejadah semata-mata. Lalu, bagaimanakah cara kita boleh mencapai kejayaan di alam yang kekal abadi itu?

Apa yang patut kita buat semasa kehidupan sementara di dunia ini?

Semuanya ada didalam Al-Quran

  • Jika dia seorang anak, dia akan menjadi anak yang terbaik, yang sentiasa membahagiakan hati kedua ibu bapanya. Tidak lupa sentiasa berdoa untuk ibubapa samada ibubapa masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.
  • Jika dia seorang ibu/ayah, dia akan cuba menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anaknya dengan mendidik mereka tentang ilmu, mendidik anak menjadi anak soleh dan solehah. Melaksanakan tanggungjawab sebagai ibubapa tanpa rasa keluh kesah. Memasak, menjaga rumahtangga dengan hati yang ikhlas dan tenang.
  • Jika dia seorang suami, dia tidak akan berlaku zalim kepada isterinya dan mendidik isterinya dengan baik dan penuh kasih sayang. Melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan cara yang terbaik.
  • Jika dia seorang isteri, dia akan menjadi seorang isteri yang terbaik untuk suami yang tercinta, taat dan menghormati suami. Melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan cara yang terbaik.
  • Jika dia seorang pekerja, dia akan berusaha untuk melakukan yang terbaik di dalam usaha kerjanya tanpa seberang kebencian dan rasa tidak puas hati kepada orang atasan.
  • Jika dia seorang kawan, dia akan selalu bercakap bersopan dengan kawan-kawannya tanpa cuba menyakiti hati kawan, tidak akan menabur fitnah dan mengumpat kawannya tanpa jemu. Dia akan menegur rakannya jika rakannya menyimpang dari jalan yang benar. Hasratnya adalah supaya dia dan rakannya akan bersama-sama terselamat daripada seksaan neraka di alam yang kekal abadi.
  • Dan yang paling UTAMA, dia akan menjadi seorang hamba yang sentiasa bersyukur, mengharapkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah Yang Maha Esa dengan melakukan ibadah yang diperintahkan oleh Allah dengan rasa khusyuk, ikhlas kerana apa yang paling penting dalam hidup insan ini adalah mendapat kasih sayang, rahmat dan redha daripada Allah. 
  • Sesungguhnya tanpa rahmat dan kasih sayang daripada Tuhan Yang Maha Esa sesungguhnya jadilah kita tergolong dalam hamba-hamba yang rugi. Setiap perlakuannya sentiasa merasa diperhatikan oleh Allah dan dengan itu merasa takut untuk melakukan dosa. Mementingkan Allah daripada segala-galanya. Tidak culas untuk bersolat di awal waktu, bersolat sunat, berqiamulail dan sebagainya.

Namun, memang sifatnya manusia kekadang terlupa dan terdengar pujukan dan rayuan nafsu dan syaitan. Jika sudah tersedar dari kesilapan, maka beristighfarlah kepada yang Maha Esa untuk mengampuni dosa-dosa kita. InsyaAllah, jika kita memohon ampun dengan hati yang tulus ikhlas, Allah yang pengasih dan penyayang akan mengampuni dosa-dosa kita.

Rasullah s.a.w. yang maksum pun beristighfar paling kurang 100 kali sehari; jadi kita sepatutnya lebih kerap lagi beristighfar. Jika kita lalai dari beristighafar dan memohon ampun daripada Yang Maha Esa, hati kita yang berbuat dosa akan dipenuhi dengan titik-titik hitam. Jika titik hitam sudah memenuhi hati kita, hati kita menjadi buta.

Hati yang buta teramat bahaya kerana sinar kebaikan dan sinar hidayah akan susah menembusi hati tersebut. Akibatnya, jika orang mengajak kita membuat kebaikan, memberi nasihat, hati kita akan mencemuh dan membenci perkara kebaikan lagi.

  • Dunia ini sementara adalah pasti.
  • Hidup kita di dunia sudah pasti akan mati.
  • Akhirat itu pasti.
  • Syurga dan neraka itu pasti.
Lalu adakah kita mengambil langkah yang sepatutnya untuk perkara yang pasti itu? Renung-renungkan.

Tidak perlu kekal cantik kerana DUNIAWI ini hanya sementara. Mybelovefuturehusb telah membuka mata aku dari menjual produk beauty skin. Hmmmm 



www.iluvislam.com

http://i.imgur.com/POZ0CFa.png

Pintu Taubat Sentiasa Terbuka

Assalamualaikum.

25 MAY 2012

Sudah tiba aku kembali ke jalan yang diredhai Allah, cukup-cukup lah dengan permainan dunia selama ini. Sesungguhnyaaa dunia ini hanya sementara.

"Ya Allah, Kuatkan lah hati hambaMu ini untuk kembali ke jalan yang diredhai olehMu "

Dah banyak kali niat dalam hati "Aku nak berubah, aku nak berubah," tetapi tetap sama. Yaaa aku tau, nak berubah untuk jadi yang lebih baik bukan la satu jalan yang mudah. Malah perlukan masa untuk menghadapi semua ini.

Wanita solehah adalah impian setiap wanita. 

Aku ada insan yang aku sayang yang sentiasa support aku dari belakang. Thanks my belove future husband. Kerana dia juga aku mampu mengubah sikit demi sikit, penuh dengan nasihat keagamaan yg tak putus dari mulutnya. Dia lah peganti AYAH ku :') Terima Kasih Ya Allah atas kurniaan dariMu ini.

Sayang selalu pesan : " Buruk macam mana perangai kita, solat jangan tinggal. Ingatlah bahawa solat itu adalah tiang agama " Terima kasih sayang .
 


Allah SWT sangat suka dan gembira jika ada hamba yang ingin bertaubat dan kembali kepada-Nya. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk sesiapa juga yang ingin kembali kepada-Nya kerana rahmat Allah itu sangat luas. 



Sebanyak manapun dosa yang pernah dilakukan manusia, Allah tetap akan mengampuninya dengan syarat mereka mahu kembali kepada Allah bila-bila saja dan tidak kira di mana juga. 





Allah SWT tetap menerima taubat hamba-Nya selagi masih bernafas dan nyawanya belum sampai ke kerongkong, selagi itu pintu taubat terus terbuka tidak kira sebanyak mana atau sebesar mana dosa dilakukan. 




Nabi Muhammad SAW menceritakan dalam hadis Baginda kisah seorang lelaki yang membunuh 100 orang kembali kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya, akhirnya lelaki itu diampuni Allah dan masuk syurga. Maka jangan kita memberi alasan Allah tidak menerima taubat untuk melengah-lengahkan daripada segera bertaubat kepada Allah. 



Dr Aidh Abdullah al-Qarni dalam karangannya Warisan Peninggalan Nabi menegaskan Allah sangat gembira jika ada hamba-Nya yang bertaubat. Jadi tidak layak bagi seseorang untuk berburuk sangka bahawa Allah tidak akan menerima taubat dan menyeksanya. 



Beliau kemudian menjuruskan pesanan kepada anak muda hari ini yang terlanjur dengan dosa dan maksiat kemudian terus menerus melakukan maksiat kerana menganggap Allah sudah tidak lagi menerima taubatnya. 



Ini satu kesilapan besar serta tanggapan yang salah. Dr Aidh menjelaskan, ramai yang lupa atau sama sekali tidak mengetahui Allah menerima taubat orang yang bertaubat. Allah menerima taubat seorang lelaki Yahudi yang membunuh 100 orang. 





Pasti ramai tertanya bagaimana caranya untuk bertaubat dan kembali kepada Allah SWT. Nabi SAW menyebut dalam hadis yang disahihkan al-Albani dalam Misykat yang diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dan Ahmad. 











Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seorang hamba melakukan suatu dosa kemudian ia berwuduk dan solat dua rakaat lalu beristighfar kepada Allah dari dosa itu, kecuali Allah mengampuninya. 



Kemudian Rasulullah SAW membaca ayat: Dan (juga) orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. (Surah Ali-Imran, ayat 135) 



Solat dua rakaat yang Nabi sebut dalam hadis di atas ialah solat sunat taubat, amal yang pasti dan sahih bentuknya. Maka sedarlah kita semua pintu taubat masih terus terbuka selagi mana kita mahu kembali kepada-Nya.


InsyaAllah . Suatu hari nanti . 

http://i.imgur.com/POZ0CFa.png

Dilema Anak Luar Nikah


Assalamualaikum. 

1MAY2013

HAPPY LABOUR DAY! Time running so fast. Pejam celik sudah masuk bulan 5 . Dekat setengah tahun 2013 ni satu apa pun masih tak capai :/ New hope masa new year masih tak jalan. Ya Allah kuatkan aku untuk kembali ke jalanMu.  Ke jalan yang benar, Ke jalan yang diredhaiMu.

Untuk berubah jadi lebih baik bukan lah sesuatu yang mudah, ALLAH knows everything and he's the best planner to all beings of the universe . 

I'm free today, Ingin berkongsi cerita with you alls! :)  

Memang parah dilema anak luar nikah. Bebanan yang terpaksa ditanggung diri dan keturunannya kelak bukan calang-calang. Tatkala bayi-bayi comel yang lahir ke dunia disambut gembira, dia pula disambut dengan simpati & cemik dalam suasana hiba.

Mana tangis syukur ibu sambil memeluk erat dirinya? Mana gema seruan azan dilagukan ayah di cuping telinganya? Mana tawa ria saudara-mara dengan kata-kata pujian dan tahniah buatnya memenuhi sebuah dimensi alam yang baru dimasukinya? Kosong.

Ia bagaikan epilog sedih yang harus dilalui oleh bayi tersebut. Namun, dia masih belum mampu merasai itu semua. Hanya difahami oleh hati-hati yang masih punya sifat kasih sayang dan perikemanusiaan. Hati ibu dan ayahnya, hanya Allah yang tahu sama ada menyesal atau langsung tak kisah!

Apabila bayi yang tidak berdosa itu makin membesar, kesedihan tetap memburu hidup. Bebanan masih tergalas dibahu. Dicaci dan dicela. Manakala satu-persatu kenyataan menyesakkan sanubari perlu dihadapi. Hingga di matanya, masa depan itu samar-samar, seolah-olah hanya mengharapkan takdir memberi sinar harapan.
Istilah Anak Tidak Sah Taraf

Menurut laporan yang dipaparkan dalam Berita Harian tahun lepas, terdapat hampir 17, 303 anak tidak sah taraf yang didaftarkan sepanjang 2009. Fenomena peningkatan kes kelahiran anak luar nikah bagai penyakit berjangkit. Semakin terjebak, semakin merebak.

Merujuk kepada persidangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 5 Safar 1425 bersamaan 26 Mac 2004, anak yang didaftarkan sebagai anak tidak sah taraf boleh diklasifikasikan di bawah tiga keadaan.

Pertama, anak itu ialah anak yang dilahirkan di luar nikah iaitu sama ada hasil daripada zina atau rogol. Kedua, anak yang dilahirkan kurang enam bulan dua lahzah Qamariah (bulan Hijriah) dari waktu akad nikah dan dia bukan hasil daripada persetubuhan syubhah.

Ketiga, anak yang dilahirkan lebih dari enam bulan dua lahzah Qamariah dari waktu akad nikah dan ada bukti dari segi syarak bahawa anak tersebut ialah anak luar nikah melalui ikrar ( pengakuan ) mereka yang berkenaan ( suami dan isteri tersebut atau salah seorang daripadanya dan tidak diingkari oleh pihak yang satu lagi ), atau adanya 4 orang saksi yang melihat berlakunya zina dan kesaksiannya pula memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syarak.

Kita Tetap Hamba-Nya Jua

Pelbagai dugaan yang perlu ditanggung oleh anak tersebut apabila ingin melangkah ke setiap fasa seterusnya dalam kehidupan. Bahkan, mungkin bertimpa-timpa kesukaran bakal dihadapi ketika dia bakal mendirikan rumah tangga. Penerimaan manusia, sukar dijangka.

Walau bagaimanapun, sebagai sebuah masyarakat yang hidup dalam satu komuniti, jangan terlalu menanam rasa benci pada anak-anak yang sedang diberi ujian di pentas dunia ini. Tidak adil melontar batu-batu penghinaan kepada mereka sedangkan mereka itu ibarat mangsa kepada nafsu serakah yang membuta.

Anak-anak ini juga harus terus kuat menyelusuri terowong-terowong kehidupan yang gelap dan dikelilingi duri-duri tajam. Kita manusia semua adalah sama. Tidak kira bagaimana kita dilahirkan, siapa ibu bapa kita dan bagaimana perjalanan hidup kita. Destinasi syurga itulah yang perlu dijadikan inspirasi perjuangan.

Berpeganglah pada firman Allah, "Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah SWT ialah yang paling bertakwa." (al-Hujurat: 13). Biar di mata manusia engkau bagaikan sampah kerana membawa dosa ibu dan ayah, asalkan di pandangan Allah, engkau umpama permata yang semakin bersinar tiap kali dikeji dan diuji!

Sunat Rahsiakan Status Anak Luar Nikah
Dalam Islam, tiada istilah anak lahir di luar nikah itu dengan anak haram. Jika ada yang mengatakan istilah itu ada, sila cari dalam kitab suci al-Quran atau hadis Rasulullah SAW yang menyebutnya demikian.
Sebenarnya, kedudukan anak ini sama saja dengan anak yang lain. Kemuliaan seseorang di sisi Allah SWT berdasarkan ketakwaannya. Ia juga bukan kerana soal keturunan atau asal usulnya.

Perlu diingat, anak ini tidak berdosa kerana yang berdosa adalah ibunya. Seharusnya, anak ini tidak turut berdosa hanya disebabkan dosa ibunya. Seperti firman Allah SWT dalam surah al-An'am ayat 164:
"Dan tidaklah menanggung dosa oleh seseorang akan dosa orang lain."

Ibunya pula, jika ia sudah taubat dengan taubat nasuha, maka sucilah si ibu terbabit daripada dosanya dengan maghfirah (keampunan) daripada Allah SWT. Kita tidak boleh mencacinya, baik terhadap anak itu atau ibunya akibat kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini.

Diriwayatkan daripada Abi Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila sudah berzina seorang hamba perempuan, maka nyatalah zinanya, maka hendaklah dideranya sebagai hukuman dan janganlah dicacinya. Kemudian jika ia berzina pula kali kedua, hendaklah dideranya sebagai hukuman dan janganlah dicacinya. Kemudian jika ia berzina kali ketiga, hendaklah dijualnya walaupun dengan (harga) tali dari bulu."

Oleh itu, apabila kita mengetahui keadaan dan kedudukan asal usul seseorang yang kurang baik, sunat bagi kita sembunyikan perkara itu dan jangan dihebahkan baik yang berkepentingan atau pun kepada yang lainnya. Kecuali ketika mana ia berbuat mungkar, maka wajib diingkari. Wallahua'lam.

p/s : YaAllah YaTuhanku, Lindungilah aku dari kejahatan dan yang menipuku dari kemanisan iman :')


http://i.imgur.com/POZ0CFa.png

10 Alasan kuat nikah muda.

Assalamualaikum.


Hi hi. Sudah lama tak menghapdet. Sebenarnyaaaa rindu sangatsangat dengan blog :'( Insha Allah lepas habis semester dua aku akan kembali mengaktifkan blog ni. Apa apa pun mintak maaf kepada pengikut setia blog ini kerana entry baru tak banyak.


Taking break sebab stress buat final project animation. Jom cerita pasal kahwin muda. Weheeeeeeeeeeee. OPIE cakap lepas diploma nak kahwin mungkin dia kerja sambil study sebab nak sambung degree pulak. Doakan kitaoranggg ye kawankawan :D




Kebutuhan rohaniyah. Beberapa orang merasa hambar hidupnya ketika tidak adanya seseorang yang mendampingi hidup. Hal ini mengakibatkan kekosongan dalam hidup karana tidak adanya tempat untuk berbagi. Dan tempat itu adalah seorang istri/suami. Naluri lelaki mengatakan bahwa dirinya akan lebih nyaman ketika didampingi seorang istri di sampingnya. Hidupnya merasa belum lengkap ketika dia masih single.
Syahwat. Sewajarnya menjadi seorang perawan/bujang semakin tua labelnya pun semakin tinggi. keperluan biologi harus segera disalurkan. Dan inilah yang mendorong anak-anak muda zaman sekarang begitu ingin menikah. 

Menjaga diri dari kemaksiatan. Situasi dan keadaan sekarang (globalisasi) tidak mungkin lagi bagi seseorang yang ingin menjaga pandangan dari kemaksiatan. Begitu kita turun di jalan raya saja, banyak sekali berhamburan paha tanpa busana. untuk mengatasi ketidakmampuan dalam menahan nafsu yang semakin tinggi maka nikah muda salah satu solusi penyalurannya.

Banyak untungnya. Yang namanya nikah muda itu 30% tidak seronok dan 70% seronok. Yang 30% karena keadaan anak muda yang emosional tinggi sehingga setiap permasalahan jarang difikir secara masak. Dan 70% keseronokkan karana keadaan anak muda masih sangat kuat sekali staminanya. Inilah salah satu alasan kuat mengapa mereka ingin nikah muda.

Visi misi kehidupan. Nikah merupakan keperluan hidup yang sangat komplek, maka dari itu mencicil nikah di usia muda akan mengurangi beban pikiran untuk memenuhi keperluan hidup lainnya, terlepas dari apakah mereka benar-benar berkurang beban pikirannya. Hal ini akan mempercepat pemenuhan visi misi kehidupan yang lain bagi seseorang. Selain itu setiap masalah akan terselesaikan dengan baik ketika dikerjakan bersama-sama. Inilah alasan nikah muda.

Mempersiapkan kematian. Hanya ada tiga hal yang kelak menjadi penolong kita setelah mati, amal, ilmu, dan anak yang sholeh. Yang terakhir digarisbawahi tadi tidak akan terwujud ketika kita tidak punya seorang pendamping hidup. Maka dari itu inilah alasan nikah muda.

Kesuksesan. Banyak sekali orang yang sukses justru ketika setelah menikah. Di balik lelaki yang hebat terdapat istri yang setia. Inilah alasan nikah muda.

Kesiapan. Orang yang sudah memiliki semuanya termasuk harta, pangkat, dan jabatan, maka masih kurang apa lagi? Tunggu apalagi untuk segera menikah? Inilah alasan nikah muda.

Dikejar usia. Orang tidak akan menunggu-nunggu waktu lama untuk menyalurkan kebutuhannya. Semakin tua semakin banyak dikejar kebutuhan lain. Selain itu orang yang kita sukai bisa saja dilamar orang ketika tidak segera kita lamar. Inilah alasan nikah muda.

Menyempurnakan agama. Nikah merupakan separuh agama. Jadi semakin cepat kita nikah semakin cepat pula kita dalam menyempurnakan agama. Inilah alasan nikah muda.

Indon pulak jadi dia. Malas nak re-edit . Huhu . Assignment banyak sebenarnyaaaa >.< 
.
 
Credit : MUTIARA ISLAM

Tiada yang kekal melainkan ALLAH S.W.T


Hari semakin senja, burung-burung berterbangan pulang ke sarang dihiasi dengan alam yang penuh kedamaian. Subhanallah, kerana kita masih dapat menjalani kehidupan pada hari ini. Masing-masingnya mempunyai kenangan manis untuk disimpan sebagai kenangan. Masa terus berlalu seperti desiran angin yang menghembus ke pantai.

Dalam keriuhan pasti ada kesunyian kerana manusia kadangkalanya memerlukan ketenangan untuk mengabdikan diri kepada Maha Pencipta, di samping menyelongkar apakah rahsia dan hikmah disebalik kejadianNya. Sememangnya sesuatu yang indah itu sentiasa pudar dipandangan mata kerana manusia lebih gemar akan perhiasan dunia yang sebenarnya tidak mampu menyinari cahaya di alam kubur kelak.

Diri tidak pernah keseorangan
Tatkala diri keseorangan pasti kita berfikir pelbagai perkara sehingga imaginasi kita terbawa-bawa ke alam itu. Apa yang kita fikirkan sebenarnya? Adakah fantasi itu membawa kebaikan untuk kita atau menjarakkan lagi hubungan kita kepada Allah. Kadangkala terlalu memikirkan perkara tersebut menyebabkan hati murung dalam kesedihan. Menangis seperti kehilangan akal seketika. Sedangkan perkara yang kita fikirkan itu bukanlah suatu yang tragis untu ditangisi.

Bukankah dalam keseorangan itu Allah sentiasa bersama kita?
Allah Maha Mengetahui apa yang terdetik di dalam hati. Serahkan segala urusan kita kepada Allah kerana apa yang baik dan buruk sesuatu perkara itu adalah bergantung bagaimana kita bertindak dan mengkoordinasikan niat kita berlandaskan hukum yang telah disyariatkan. Allah adalah saksi utama di sepanjang kehidupan kita. 

Lupakah kita dengan kewujudanNya sebagaimana adanya kita di dunia ini?
Lumrahnya, kita merasa amat malu apabila berhadapan dengan manusia dari perbuatan negatif sehingga segala "pekung di dada". Terbongkar segala keaiban yang tersembunyi dalam diri kita sendiri. Namun, kita  sering terlepas pandang bahawa sekujur tubuh ini sebenarnya sentiasa berhadapan dengan Allah tidak kira di manapun kita berada. Segala tindak tanduk kita diperlihatkan oleh Allah SWT.
 Aib yang tersembunyi
Sesungguhnya Allah bersifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Sedikit pun tidak pernah memperlihatkan aib hambanya di khayalak ramai. Sekiranya Allah bertindak sedemikian, mana mungkin kita boleh menyembunyikan diri ini. Pasti segala aktiviti kita akan tergendala. Ketenangan diri seakan tercabut dari kehidupan kita.

Namun, kita sendirilah yang membuka keaiban diri kita sendiri. Lantaran terlalu cepat menghukum dan berburuk sangka, lantas emosi dan nafsu mendahului akal fikir kita. Pada kita tindakan kita adalah benar dan sepatutnya diiyakan, sedangkan ianya sebenarnya membuka aib kita sendiri. Kita tidak sedar hakikat merasa diri di pihak yang benar dan hanya akan tersedar saat aib diri telah pun menular dan di jaja ramai.

Oleh itu, kita perlu sentiasa beringat bahawa apabila kita keseorangan "kuasai akal" daripada memikirkan hal-hal yang tidak berfaedah kerana apabila fikiran mula dikuasai oleh syaitan, maka sukar untuk kita kembali ke alam nyata "Ibarat bergelumang dengan dosa yang dicipta oleh fantasi kita sendiri".

Harga sebuah kesilapan
Manusia tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan, malah ia sentiasa berlaku. Namun, mereka takut untuk kembali ke pangkal jalan kerana merasakan diri mereka tidak layak untuk mendapat tempat disisi Allah SWT. Apabila berlaku sedemikian, mereka tidak mencuba untuk berubah kearah kebaikan.

Sebagai seorang hamba Allah yang sentiasa diduga dengan karenah manusia dan rencana dunia anggaplah semua ini sebagai satu tiket untuk kita memperolehi hidayahNya dalam keadaan sedemikian. Kadangkala kita terpaksa melalui perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku pada diri kita, mungkin ini adalah cara untuk Allah mengubah diri kita ke jalan yang lebih baik.

Manusia yang Allah ciptakan mempunyai hati yang sangat sensitif apabila disentuh dengan pelbagai rasa. Sehingga kita lihat manusia itu pada asalnya sangat buruk dari segi akhlak dan tingkahlakunya tetapi apabila Allah menyuntik titisan hidayah didalam hatinya. Tiada yang mustahil bagiNya bahawa hamba tersebut akan berubah menjadi lebih baik dari manusia seperti yang sedia ada.

Janganlah sesekali kita memperlekehkan tahap keimanan seseorang, kerana iman yang diberi olehNya amat mudah luntur. Mungkin hari ini kita beriman kepada Allah tetapi hari esok Allah memberi ujian yang lebih hebat dari apa yang kita sangkakan.

Bersangka baik kepada ALLAH SWT

Dalam putaran hidup, kita lihat ramai manusia menyalahkan takdir daripada merenung kesalahan diri sendiri. Sedangkan kesalahan itu realiti dihadapan mata tetapi kita tidak ingin mengaku perbuatan yang dilakukan. Sifat sombong pada hati yang enggan mengaku kesilapan sentiasa menebal dan sukar untuk dilembutkan.

Benar, jika kita lihat hamba itu cukup pakej dengan iman, imej muslim dan muslimah yang diselubungi pada dirinya, namun ia tidak mampu mengubah hatinya dari membuat pelbagai persepsi negatif. Tidak semestinya orang yang tinggi ilmunya sentiasa bersangka baik dengan apa yang difikirkan. Walaupun, sentiasa bersikap terbuka tetapi tidak bersangka baik pada Allah membuatkan nikmat yang berikan hanyalah sia-sia belaka. Apa gunanya menjadi manusia jika hidup tidak belajar untuk mensyukuri.

Seandainya, seorang hamba itu  bersangka buruk kepada tuhannya, tidak mustahil Allah akan mengambil kembali dari apa yang Dia berikan kepadanya. Sedarlah wahai insan, apa yang ada pada diri ini semuanya bersifat sementara.

"Tiada yang kekal melainkan Allah SWT".

Saya sayang awak, Tapi betul ke saya sayang awak?

2 Februari 2013

Assalamualaikum .

Saya sayang awak.. Tapi betul ke saya sayang awak?? Awak sayang saya ke?? Kalau sayang, nape awak
pegang tangan saya?? Awak nak tengok rambut saya, nak hug saya, nak saya pakai seksi2.. Memang la awak tak kasi boy lain tengok saya pakai seksi.. Tapi awak tak halal lagi untuk saya kan?? Awak sayang saya ke kalau saya kasi semua tu kat awak??   

Saya sayang awak..Betul..Tak tipu..Tapi sayang ke kalau bila dengan awak, saya lalai?? Saya lupa kat Dia yang dah cipta saya, yang kasi saya perasaan cinta kat awak.. Saya lupa solat, saya lupa dosa.. Saya lupa Tuhan..Takut la...

Betul awak..Saya sayang awak.. Tapi saya takut.. Takut sangat nak sayang awak.. Awak baik, selalu solat awal.. Tapi nape bila dengan saya awak lupa solat?? Masa kuar, kita lalu je depan masjid.. Tak pernah stop..
Tapi kat tempat takde orang, kita stop. Beratus duit awak habis untuk saya kan?? Saya hargai sangat.. Saya tau awak sayang saya..Tapi nape awak tak simpan duit tu dulu..Kot2 ada jodoh, boleh kita kawen.. Awak... Saya takut.. Takut sangat.. Takut bila ingat pe yang kita dah buat.. 

Saya nak awak jadi halal utk saya.. Tapi tak boleh la sekarang.. Macam mana awak nak tanggung saya..Kita blaja lagi..Saya nak hidup dengan awak..Saya nak awak jadi imam saya.. Nak sangat share everything dengan awak.. Saya nak jadi kekasih halal awak..Tapi betul ke cara kita wak?? Saya takut laaaa... 

Awak..Saya nak hidup dengan awak forever kat heaven.. Tapi layak ke kita gi heaven kalau kita camni??Macam mana kalau tiba2 Dia panggil kita pergi.. Tak kisah la saya dulu, awak dulu atau dua2 skali.. Boleh ke kita gi heaven kalau Dia panggil kita skarang?? Kalau la Dia tanya apa yang saya dah buat dengan awak, apa saya nak jawab nanti.. Saya maluuuuuuuuuuu sangat kat Dia.

Awak.. Lama saya fikir.. Saya fikir pasal kita.. Betul saya sayang awak.. Tapi, sampai bila kita nak
camni??Awak.. Saya dah fikir lama... Lepas ni, kalau saya xmesej awak, xnak jumpa awak, xnak call awak, awak jangan salah faham tau.. Saya buat camtu sebab saya sayang awak sangat2.. Awak.. Saya nak forever kat syurga dengan awak.. Dulu saya sedih sebab kita jauh.. Tapi skarang, saya bersyukur sangat..Tuhan sayang kita.. Kalau dekat, awak boleh agak kan pe kita buat nanti??

Saya xtau camne nak bagitau awak..Saya nak jaga hati awak.. Tapi awak sedar tak sebenarnya saya dah kotorkan hati awak.. Saya suka goda awak dengan manja saya, dengan body saya.. Saya suka buat awak cair dgn saya.. Jahatnya saya.. Awak saya banyak dosa.. Awak nak ke terima org macam saya jadi wife awak?? Awak.. Saya nak bersihkan diri saya sebelum jadi yang halal buat awak.. Saya nak jadi the best wife.. Baru la awak xpandang orang lain dah.. Saya xnak susahkan awak dengan saya yang macam ni.. Awak.. Saya nak jadi bidadari awak.. Bukan kat dunia je.. Tp kat heaven gak.. Saya nak jadi bidadari awak yang forever..

Awak.. Saya tahu saya xbaik.... Banyak sangat kekurangan dan xlayak nak tegur salah awak.. Tapi saya sayang awak.. Apa kita buat, bukan ada org tahu pun... Sape lagi nak tegur awak kalau bukan saya?? Saya pun nak awak jadi suami yang boleh pimpin saya ke syurga.. Tak nak ke?? Takkan la awak sayang saya untuk hepi2 kat dunia ni je.. 

Awak xnak ke pilih saya jadi bidadari awak kat syurga nanti?? Awak.. Tolong la... Saya xnak dah jumpa awak.. Tapi mungkin saya lalai gak nanti.. Syaitan selalu ada dengan saya.. Suka je dia kalau saya keluar dengan awak, goda awak.. Awak.. Tolong la ingat kan saya gak bila saya lupa. Tolong ek.. Saya lemah sangat..Saya nak jadi kuat.. Kuat untuk awak.. Untuk hidup dgn awak

Saya sayang awak.. Camne kalau tiba2 Dia panggil kita before kita sempat bertaubat..Takutnye saya..Awak xtakut ke?? Camne kita nak pergi syurga?? Camne saya nak jadi bidadari awak?? Saya nak sangat cinta ni kerana Dia..tapi dengan apa kita dah buat, layak ke kita letak nama Dia dalam cinta kita?? Malu sangat kat Dia..Awak..Saya nak berubah..Untuk diri saya gak, untuk parents saya.. Tapi, kalau saya berubah, awak still terima saya lagi kan?? 

Saya nak berubah pun sebab nak jadi the best untuk awak.. Untuk babies kita nanti.. Nak jadi mom yang the best..Huhu. Tinggi betul cita2 saya.. Saya pun nak kita jadi pasangan yang educated.. Nak sama2 berjaya.. Tapi educated yang taat padaNya la.. Mesti bahagia kan.. Kita ingat Dia, Dia pun ingat kita, so, boleh la Dia jaga kita nanti..

Awak, kalau la saya pergi dulu,saya nak tunggu awak kat syurga tau.. Awak doakan la saya biar boleh masok syurga.. Saya nak jadi bidadari yang tunggu awak..n there, i'll be yours forever... Tapi, kalau awak pergi dulu?? Iye..Saya sedih.. Tapi saya pun akan doakan awak.. InsyaAllah..Nanti awak tunggu la saya kat syurga k?? Mesti ramai bidadari tunggu awak kat sana.. Tapi, simpan la 1 tempat untuk saya k?? Saya nak jadi bidadari awak..

Awak.. Maafkan saya kalau ape yg saya buat dan bagitau ni mengguris hati awak.. Saya buat camni sebab saya sayang awak.. Saya xtau camne nak bagitau awak.. Sebab tu saya taip kt sini.. Maaf sebab saya post kat sini.. Bukan nak bukak keburukan sendiri.. At least mereka yang baca ni boleh jadikan kisah ni sebagai panduan.. Ramai kat luar sana kapel dan buat macam2.. 

Saya takot nak post kat awak.. Tapi saya harap awak tergerak hati nak baca ni k.. Awak.. Dah nak subuh la.. Kejap lagi mesti Dia panggil saya.. Ingat tau..SAYA SAYANG AWAK ETERNALLY N INFINITY.. n saya tunggu awak jemput saya sebagai yg halal utk awak nanti k.