}

FOLLOWERS

YEAY SITE BARU!!!! HAPPY .

29 December 2012 

Assalamualaikum . 

YA ALLAH! Pagi-pagi ni aku nak kongsi dengan awak bahawaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa .. 

BAHAWAAAAAAAA

Tengok ni ....................... 

Okay wait ! :p Tunggu dulu . Aku nak cerita satu persatu dulu . 

Haaaaaaa akhirnya berjaya juga tukar domain dot.my . Sebenarnya dah lama register . Awal disember kut . Then semua dah diluluskan . Lepastu aku ni terlalu excited sangat kan sampai buat tak menjadi . 

Dah lama teringin nak ada domain sendiri . Tapi semua mahal-mahal. Paling rendah pun RM40 setahun. Tapi dot.my ni ada buat promotion PERCUMA satu tahun dan untuk renew pada masa akan datang hanya RM20!!! Hurayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy . 

Tapi untuk siapa berminat dot.my ni pun dah tutup pada 25 December haritu .  hanya terhad kepada 30000 orang terawal sahaja akan dapat harga itu .

Then semalam tiba-tiba aku seacrh google pasal domain ingat nak beli domain dot.com tapi semua mahal-mahal . Sedih . Lepastu baru ingat yang aku dh pernah register domain . So bukak blog akak yang baik hati yang dh bagi gift dekat rakan-rakan blogger yang lain KLIK SINI   

Tengok tutorial dia tak berapa nak faham, so terus buka tutorial lagi satu . KLIK SINI  baca punya la teliti gila dan faham betul-betul takut ada silap  .  Buat nya silap memang hampeh aku nak ada domain sendiri menyesal tak terhingga . 

Masa first buat domain dulu bila dh register tak menjadi . Dah silap macam-macam . Then terus give up . Sedih sangat . 

Lepastu semalam pun bila part akhir sekali dia jadi masalah juga . Aku ni memang cepat gelabah  .  Risau benda apa yang aku silap . Rasanya tak ada . Lepastu bukak pulak tutorial first tengok C.E cakap 

Untuk makluman, Google akan recognise dalam masa 3-4 jam . Selama masa itu , Kalau korang google blog korang tak ada . Jangan risau . Lepas 3-4 jam dia akan dijumpai . Sebab google baru nak berkenalan dengan url baru korang . 

Hah rasa lega! Bila baca post tu . Then aku bangun pagi ni, Aku bukak setting . Aku try letak domain aku then terus naik button save  . Tunggu apa lagi terus save la! Semalam mana ada button save tu pun . Kekeke . Risau macam biawak nak mati you know! 



Then benda yang di impikan semalam ni sudah JADI KENYATAAN!


No more bella-sahidi.blogspot.com and now just seacrh www.bellasahidi.my . Mesti korang cakap aku kecoh gegila kan? Hahaha korang dah lama daftar. Argh! Saya happy sangat-sangat. Sebab tu kecoh semacam je . Hihi.

Typing by : Bellasahidi ( BS )



Takdir itu KetentuanNya.

24 December 2012


Setiap orang mengimpikan sebuah perjalanan ke alam baitulmuslim yang sangat indah. Kita sentiasa merancang, tetapi pengakhirannya tetap bergantung kepada satu perkara iaitu takdir Allah SWT kerana sesungguhnya perancangan Allah itu mengatasi perancangan manusia itu sendiri.

Sebaik mana pun perancangan seseorang, namun perancangan Allah jualah yang lebih baik dan terbaik pada setiap keadaan dan waktu. Apa yang pasti, setiap perancangan dan ketentuanNya itu pastilah yang terindah walaupun di mata kasar seorang manusia

Pada usia muda, pelajaran menjadi keutamaan. Namun dalam masa yang sama, tuntutan fitrah untuk membina hubungan halal turut meraih tempat dalam perancangan kita. Kita mula mengatur langkah dengan mencari bagi si teruna dan menanti bagi si puteri. Ada  yang menanti dalam diam, dan ada juga yang sama-sama menongkah zaman.

Di saat kita mengatur langkah, merancang untuk menuju ke fasa yang penuh cabaran dan mehnah, adakah impian untuk membina baitulmuslim akan mempunyai pengakhiran yang indah belaka? Adakah niat kita untuk berbaitulmuslim benar-benar tepat dengan matlamat asalnya iaitu menikah di jalan dakwah?

Takdir yang bakal tiba segalanya berada digenggamanNya. Kita hanya mampu bertanya namun, jawapannya akan terjawab tatkala kita sudah pun berada di'dalamnya' - alam berumahtangga.

  KISAH SATU 

Kagum sungguh dengan ukhti yang seorang ini. Sebelum ukhti ini berubah, dia pernah bercouple dengan seorang akhi. Dahulu kedua-duanya masih lagi di jalan kejahilan. Dan selepas Allah memberikan hidayah kepada ukhti ini terlebih dahulu dia terus-terusan bermujahadah di jalan Allah.

Bertahun-tahun lamanya ukhti ini bermujahadah. Manakala akhi ini pula terus-terusan cuba untuk menganggu ukhti tersebut dan ingin mendapatkn kepastian mengapa dia ditinggalkan begitu sahaja. Dan akhirnya akhi ini pun mengalah dan dia pula diberikan hidayah oleh Allah. Masing-masing mula menyepi dan mantap di jalan dakwah.

Selepas bertahun-tahun menyepi akhi ini mula mencari ukhti tersebut di facebook. Dan selepas ukhti ini melakukan istikharah, yakin dengan ketentuan yang diberikan olehNya, ukhti tersebut terus memulakan langkah perkenalan untuk ke langkah seterusnya. Alhamdulillah, baru-baru ini saya menerima walimatulurus daripada mereka berdua. Bersyukur ke hadarat Illahi kerana usaha mereka mujahadah bertahun-tahun lamanya akhirnya berbaloi juga. Allahuakbar. 
KISAH DUA

Seorang muslimah, alhamdulillah jodohnya ditetapkan awal oleh Allah. Menikah dengan seorang ikhwah. Yang kelihatan mantap di jalan dakwah. Gerak dakwah berterusan selepas perkahwinan sepertimana sebelum menikah. Namun kini kedua-duanya berhenti daripada terus bersama. Silapnya di mana? Wallahua'lam. Allah lebih tahu apa yang terjadi di tengah perjalanan perjuangan.

KISAH TIGA

Sudah beberapa tahun menunggu kedatangan seorang ikhwah. Namun belum datang bertandang. Dalam penantian, beberapa lamaran menjelma. Walaupun usia makin bertambah, namun setiap risikan dan lamaran ditolak dengan sebab lelaki tersebut bukan ikhwah yang didamba peribadinya.

Sehingga sampai ke satu masa, akhirnya tibalah saat-saat yang dinanti. Datanglah permintaan berbaitulmuslim dari seorang ikhwah, yang sangat mantap dalam gerak dakwahnya. Dan akhirnya istiqamah sehingga kini.
Saat ditanya, kenapa akak sanggup tunggu? Dia cuma tersenyum sambil berkata,

"kerana akak yakin akan janji Tuhan. Dan akak akan tetap tunggu 'ikhwah' sampai bila-bila. Dan dalam baitul muslim, bukan bergantung kepada siapa yang kita suka, tetapi kita perlu bersedia menerima sesiapa sahaja, asalkan dia tetap berpegang kepada fikrah yang sama. Itu prinsip akak."

KISAH EMPAT

Tetap juga menunggu beberapa tahun sehingga lewat 20-an. Akhirnya datang lamaran daripada seorang lelaki, yang bukan mantap agamanya. Dan keduanya bertunang. Beberapa bulan selepas pertunangan, datanglah beberapa risikan daripada ikhwah melalui ibu usrahnya.

Namun takdir mendahului, sudah menjadi tunangan orang, yang bukan seorang ikhwah. Dan kini, alhamdulillah ukhti itu tetap bergerak, dan mendapat sokongan zaujnya walaupun bukanlah seorang pendokong. Namun tetap seorang penyokong yang baik.

Demikianlah takdir susunan Allah pasti adalah yang terbaik. Yang tinggal adalah apa yang kita betul-betul inginkan. Adakah hanya sebuah rumahtangga untuk menghalalkan hubungan? Atau sebuah perkahwinan supaya tidak bersendirian? Atau sebuah baitulmuslim untuk sama-sama berjuang di jalan dakwah?

Kesimpulannya, dalam merancang niat juga usah dilupakan. Niat awali lah ia hanya semata-mata kerana Allah. InsyaAllah, pastinya sebuah perancangan yang diniatkan keranaNya akan mendapat rahmat dan berkat dariNya. Jika seandainya perancangan kita itu tidak terjadi, pasti hati kita mudah merasa redha dan tenang menerimanya. InsyaAllah~

Wallahua'lam.

 : SEGMEN DELETE : 
BellaSAHIDI


Apabila agama islam & Allah jadi bahan.

15 December 2012

Isu :  “Bila Agama Islam Dan Allah Jadi Bahan untuk Dapatkan Like” Wajarkah?

bila agama islam allah dapatkan like facebook

Pernah tak anda terjumpa post-post di facebook yang berbunyi “LIKE jika anda percaya ALLAH.” atau “Subhanallah cantiknya gambar Mekah ni. Cer like” atau “Berapa like boleh dapat untuk hadis ini.” Sekarang ni dah jadi trend di Facebook yang mana antara sedar dan tak sedar, kita sendiri meletakkan Allah dan Islam itu sendiri sebagai barang dagangan atau modal untuk mendapatkan like.  Setiap perkara dalam agama kini boleh dinilai hanya dengan like.


Kita marah bila orang mempergunakan agama kita, tapi kita tak marah bila ada fan page yang mempergunakan agama untuk mencari like. Kononya kalau tak LIKE maknanya kita tak percaya Allah. Kononnya kalau tak like kita tak sokong Islam. Sedarlah bahawa ayat-ayat manis tersebut hanyalah mainan untuk melariskan fan page di facebook.


Kepada pemilik fan page, tak salah nak sebarkan syiar dan dakwah Islam, tapi tak perlulah sampai nak mintak like dari semua. Cukuplah sekadar anda post dan terpulang kepada yang membaca sama ada nak like, share atau tidak. Tugas anda untuk sebarkan dakwah dah lengkap.  Tak perlulah sampai memperalatkan agama meminta like dari pembaca.


Dan anda sebagai pengguna facebook haruslah pandai menilai. Kalau ada lagi post-post tersebut, nasihatkanlah si dia yang post supaya tak memperalatkan agama untuk dapatkan like. Mungkin dia belum tahu..


Disini saya lebih suka berkongsi kupasan dari saudara Sham Kamikaze tentang isu ini. Moga bermanfaat.


bila agama allah islam jadi bahan dapatkan like
bila agama allah islam jadi bahan dapatkan like
bila agama allah islam jadi bahan dapatkan like 

Photo via Facebook Sham Kamikaze
Apa pendapat anda? Bolehlah berikan komen anda di bawah.
Marilah berkongsi dan berdakwah secara sihat..

Sumber : Fitrihadi.com

Betapa berharganya wanita

15 December 2012


Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya " Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita?

Tuhan menjawab " Sudahkah kamu melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita? "

Lihatlah dua tangannya yang mampu menjaga banyak anak pada saat bersama dan punya pelukkan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan dalam diri dan semua itu hanya dengan dua tangan .
Malaikat menjawab dan takjub, " Hanya dengan dua tangan? Tidak mungkin! "
Tuhan menjawab " Tidahkah engkau tahu , dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan mampu bekerja selama 18 jam sehari "
Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya, " Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya ? "

Tuhan menjawab " Itu tidak seperti yang engkau bayangkan , itu adalah airmatanya "
" Untuk apa? " . Tanya malaikat .
Tuhan melanjutkan " Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan , kerisauan , cinta , kesepian , penderitaan , dan kebanggaan serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki , ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita .
Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki , dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri , dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan , mampu menyanyi ketika menangis , menangis saat terharu , bahkan ketawa ketika ketakutan .
Dia bekorban demi orang yang dicintainya, dia mampu berdiri melawan ketidakadilan , dia begitu bahagia saat kedengaran suara kelahiran . 

Allah S.WT befirman

" Ketika aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa . Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menumpang di dunia namun harus cukup lembut untuk keanyaman "

" Aku memberi kepekaan dalam menyintai anak-anaknya dalam setiap keadaan , bahkan ketika anak-anaknya menyakiti hatinya "

" Dan akhirnya aku berikan dia airmata untuk dititiskan . Ini adalah khusus untuk dirinya untuk digunakan bilapun ia perlukan "

" Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakan , sosok yang ditampilkan , atau bagaimana ia menyisirkan rambutnya . Kecantikkan seorang wanita itu haruslah dilihat pada matanya kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada "




Sumber  :  Www.Fuh.My
Re-edit  : Bellasahidi